Friday, April 8, 2011

RAGAM cintan-cintun dlm Facebook

Assalamualaikum W.B.T dan hello korang !

Pada hari yang hujan kuat ni dan nyaman, aku nak kongsikan apa yang selalu aku pandang tentang apa yang pasangan kekasih selalu lakukan kat Facebook. Macam-macam ada aku tgk tau.

Pertama ( Status )

Belum kahwin dah status "married" kat Facebook. Tak apa lah kalau saja nak main2x "married" jak tapi ni sampai nak panggil 'oh hubbyku', 'mana la laki ku ni, tak pandai online2x ', err? Terlebih sudah ~. Tak apa lah, mereka terlalu menyayangi antara satu sama lain.

Cr : We <3 it

Kalau gaduh kan, yang paling ketara, status hubungan tu berubah dari "In a relationship" ke "Single". Lepas tukar status hubungan kan, mula la buat status (what on your mind) yang sangat lah menunjukkan kekecewaan tu.Tak pun buat status membenci si dia. Tapi kan, lepas beberapa hari, status hubungan tu berubah dari " Single" ke " In a relationship" semula.Bagusnya kan, asal gaduh jak, tukar status hubungan. HAHA!

Kalau bergaduh kan, macam tak ada tempat lain mau gaduh,mau juga gaduh kat dalam Facebook tu. Kalau dah mula bergaduh tu kan, perghhh, semua rahsia kerajaan ketahuan.Inilah yang tak siukkk kalau bergaduh kat dalam Facebook. Lepas tu sindiran pedas selalu dilakukan melalui status (what on your mind).

Kalau kecewa atau sedih kerana pakwe atau makwe, apa lagi, buat status sedih lah kat Facebook dengan harapan si dia nampak dan cuba memujuk dirinya. Aisehh ! Teknik yang bagus.

Kedua (Tag)

Kalau ada note yang berkaitan dengan cinta-cinta ni, ada sesetengah yang akan cenderung untuk SHARE dan TAG kekasihnya. Selalunya note tentang pengalaman cinta lah dan juga yang berkaitan dengan keIslaman. Bagus juga begini sebab boleh memupuk kasih sayang sesama mereka dengan lebih mendalam lagi dan sedikit sebanyak memberi kesedaran.

Kalau ada lagu cinta yang best2x maka akan di SHARE dan TAG( si dia yang disayang) berserta ucapan yang penuh romantis. Contohnya, lagu Audrey ( Its all about HIM) ,lagu2x  Taylor Swift atau lagu evergreen mcm lagu Jamal Abdillah ( Kekasih Awal dan Akhir ) serta lain-lain lagi yang berkaitan dengan CINTA.

Kalau ada gambar yang cantik-cantik atau yang hensem-hensem, maka akan diTAG la gambar tersebut untuk si dia yang disayang. Terutamanya gambar profil picture.Aku hairanlah, kenapa ya? Oh ya, mau dipuji bah pulak. Iya ka?

Ketiga ( Gambar )

Selalu nampak kat Facebook.  Album gambar si dia yang disayang mesti ada dalam list album gambar. Dalam album tu, semua muka si dia yang disayang ada. Sampai 100 gambar. Perghh ! Tak pun album "Aku dan si dia", gambar peluk-peluk, gambar hampir nak cium, gambar pipi bertembung , gambar tangan buat simbol LOVE dan macam gambar- gambar lagi la ada kat dalam album tu.SWEETnya mereka. *tangan ke bahu, mata ke atas.


Cr : We <3 it


PROFIL PICTURE. A guna gambar B sebagai profil picture dan B guna gambar A sebagai profil picture. Kalau gaduh, gambar profil picture tu akan berubah. Tak pun, guna gambar berdua sebagai profil picture. Normal lah tu.

Keempat.( Nama)

Macam-macam nama digunakan kalau dah dilamun cinta ni.Contohnya, Sudu cinta Garpu. Sudu milik Garpu, Mr Garpu dan Mrs Garpu, Forever with Sudu dan yang sesepupunya. Selalu nampak budak-budak kurang kematangan buat. Tak apa la. Kreatif bah.*kununlah!

Kelima ( Wall post )

Macam - macam jenis wall post dapat ku saksikan. Wallpost rindu, wallpost sedih, wallpost gembira kat profil si dia yang di sayang.Wallpost gambar pun ada juga.Macam-macam lah !

Bah, itu jak la apa yang selalu ku pandang. Setiap orang ada cara yang berlainan untuk berkasih sayang. Terserah kamu. :))

P/s : Kurang kepandaian buat ayat pembukaan dan penutup. Harap faham.


17 comments:

hana said...

haha..
tau x pe..
baru terpikir nk uat entry mengutuk bnde ni..
=D

IJAT360 said...

haha..betul..betul...ntah ape2...macam dye sowang ade kekasih..slalu cam gini budak baru nak up ^_^

mr_mrs mikko said...

hahaha.. okeh2! mmg trend suda skrg ni meluah prasaan d fb. sdgkan bukankah dorg ada enpon utk bhubung sms, ataw kol. oh, mgkin teda kredit. hahaha..

tp paling nda best yang malar statusnyaa kuciwa, kuciwa, sadih2.. aisssh, kdg2 mcm bikin muak ni

Farhana Jafri said...

mlas sda mau lyan klau jmpa status or FB gni.. abaikan jax.. mlas mau ckp lbih krang xpsal kita dpat dosa.. so, ignorance is bliss ;)

jemput singgah ANASAURUS :)

Kathy Rospin said...

plg sandi la klu status on off tu.. hahahaha.. i'm 21 but i'm still like 15 year old girl in their 1st love.. (wtf)

Zaiya said...

shenn! kita relek jak kan.. kita sempoi kan.. hahaha

Zaiya said...

shenn! kita relek jak kan.. kita sempoi kan.. hahaha

♥ ♥secomel hello kitty♥ ♥ said...

suke entry nie :)

Haryati Molly @ Tunung said...

to me FB is just a plcae wher I connected with my friends & families.. Meluat bila tgk ada org yg suka update status pasal cintan cintun ni..

SheNn said...

@hanahehe..sy mcm mengutuk ke??

SheNn said...

@IJAT360 Yang mana betul tu..hihi

SheNn said...

@mr_mrs mikko Tu la..paling ndak suka tgk status terlampau kecewa kat Facebook..huhu..

SheNn said...

@Farhana Jafri Tak pyh layang,tgk je..hehehe..

SheNn said...

@Kathy Rospin Aisehhmenn..hehe, uik,ada tau kaple bgtu..on lepas tu off..:p

SheNn said...

@Zaiya iya...relax sudaaa ~

SheNn said...

@♥ ♥secomel hello kitty♥ ♥ Thank you darl..hehe

SheNn said...

@Haryati Molly @ Tunung Me too ! Tak suka tgk ! :))