Sunday, April 29, 2012

Cerita Miss A.

Assalamualaikum W.B.T and hello y'all.

Setelah sekian lama tidak terjadi. Dulu, masa semester dulu, asal bangun pagi aku fikir pasal assignments aku. Bangun-bangun je aku fikir, next week assignment apa ah kena hantar? Assignment apa lagi kena hantar ya? Tapi masa semester tahun ini, mungkin disebabkan masalah peribadi yang melampau (cett !), tiap pagi aku fikir hal yang bermacam-macam. Terfikirkan assignments belum pernah lagi. Tapi. Tapi. Tapi. Tadi pagi aku bangun2 je, aku terfikirkan assignment2x ku. Tgk list assignments kat  study board depan mata, tengok Atul yang sibuk wat Kamus Bahasa Arab, aku fikir-fikir lagi. This is good. Perubahan yang baiik.:P

Jadinya, aku STRESSS ! Minggu ini bakal menjadi minggu tersibuk aku untuk semester ni. Seriusly sibuk.

Satu, Literature for Young Adults : submit this week.
Dua, Sociolinguistics in ESL Context : submit this week.
Tiga, KPD : Prepare Lesson Plan and Material untuk Macroteaching next week.
Empat, Reflections In Classroom Practice : Prepare report and presentation this Friday.
Lima, Teater Night of Wonders : Rabu kena jadi usherette yang temanya Fairytale.Baju tak ada lagi.
Enam, Pesta Konvokesyen : Sekretariat PDI. Design buku program. Meeting sokmo.
Tujuh, Sekali lagi, Literature for Young Adults : Mcm mana aku nak abis baca "The Book of Tomorrow" tu?

OK, aku dapat rasakan tekanan. Aku tak tahu apa jadi dengan aku minggu ini. Hari Khamis tu kena hantar dua assignments yang mana malam Rabu aku ada program Teater. Maknanya, sebelum Selasa aku kena siapkan agar tidak serabut jadinya. Mampukah aku? Iya, aku mampu. Apapun,hari ini hari yang indah. Mari kita buat assignments di Ahad yang indah ini. 

#np : LMFAO : Party Rock Anthem

No comments: