Thursday, April 19, 2012

Penat.

Assalamualaikum W.B.T and hello y'all.

Pernah rasa tak? Rasa hati yang tak tertahan lagi akhirnya terluah jugak. Dan kau rasa sakit sangat sampai air mata mu tumpah. Sangat sakit bila kau cuba untuk luahkan segalanya. Sangat sakit. Tambah lagi masa kau meluah tu ada lagu-lagu sedih. Wah. Pedih sangat hatimu. Kau tak tahu sama ada kau patut rasa puas hati atau tidak. Yang kau dapat rasa hanyalah kesakitan hati yang selama ni kepenatan. Kepenatan dengan segala-galanya. Rasa penat yang buat kau tiada hati dengan segala-galanya.Kosong. 




Pernah rasa tak? Kau dah muak dengan segala-gala. Selama ini kau cuba jaga hati orang. Selama ini kau cuba fahami dia . Selama ini kau cuba turuti segala kehendak hati dia. Tapi kenapa? Dia tak pernah cuba untuk fahami kau untuk sekelumit sahaja. Kenapa? Aku dah penat.Kenapa buat aku begini?  Bila aku kata tak boleh, ada sebab rasionalnya. Bukan sebab aku malas. Bukan sebab aku tak serius. Keadaan buat aku tak boleh. Kenapa tak boleh faham ? 

Pernah rasa tak? Kau nak sangat lari dari segala-gala. Setiap perkara kecil,kau tak boleh hadapinya. Tengok tu, kau tak boleh. Tengok ni, kau tak boleh. Semua kau nak elak. Nak hidup pun susah. Lihat betapa penakutnya kau untuk berdepan dengan semua itu. Padahal,kau yang pilih jalan tu. Kau yang buat keputusan. Aku tak fahamlah. Tak perlu nak sedih bagailah.Kau yang nak hal itu begitu. Terimalah. 

Sesungguhnya aku penat.Penat sangat.Argh~

"I can hear you breathin', lettin' out a sad sigh"
You try so hard, to hide your scars


#np : Don't let me go- Click Five.


2 comments:

NoorVictory said...

A good cry in front of Allah can heal the pain that has built inside. Allah is testing you because He loves you and He knows you can handle this tiny little problem.

You're never alone ;)

SheNn said...

Aku dah agak kau komen. Hahahah ! Thanks dude !