Saturday, May 18, 2013

Hati Sabtu.

Assalamualaikum W.B.T dan hai semua.


Fuh. Hari yang sangat menduga hati. Hati yang mencuba sedaya upaya untuk bersangka baik. Hati yang tidak mahu sama sekali berburuk sangka. Ya, aku bersangka baik dengan apa yang terjadi hari ini. Namun, hati manusia apatah lagi hati ini hati seorang perempuan. Mudah sekali hatinya terasa. Mudah sekali hatinya terluka. Walau sudah aku cuba bersangka baik, jauh dari sudut hati aku ini, aku rasa terhiris sikit. Aku terasa. Oh hati.



we<3it font="">

Tapi. Jangan risau. Aku manusia yang sudah biasa memujuk hati ku sendirian. Siapalah diri ini sudah di mata orang itu. Siapalah aku ini. Sebak pula hati aku. Semua sudah  tidak seperti dulu lagi. Tidak apalah. Ini namanya hidup. Orang sentiasa berubah. Baik atau buruk. Aku hadap sajalah. Bersangka baik sentiasa hatiku ini. Sentiasa cuba.

Hurm.Kau insan yang aku sayangi kerana Allah. Aku nak bagitau sangat kat kau. Sila tengok balik macam mana cara kau  bersahabat. Ada yang tidak kena dengan cara kau berkawan. 

Sekian untuk hari ini. Hari yang aku tak tahu nak buat apa. 



Memo untuk hari ini : 
People change, things go wrong, shits happen but life goes on.  


No comments: