Saturday, February 19, 2011

KIMCHI? Apa itu KIMCHI ??

Assalamualaikum W.B.T dan salam perpaduan korang !

Aloha ppl ! Apa kabarnya sana? Moganya baik2x aja ya. Skang kat universiti aku sedang hangat dengan Pilhan Raya Kampus.Para calon MPP dan wakil calon adalah org2x yang sibuk ketika ini. Semangat mereka tauu !By the way, hari ni,aku tak mau membebel pasal PRK universiti kami. Aku nak cakap pasal KIMCHI ari ni. KIMCHI? Gapo dio KIMCHI? Hehe. 



Inilah KIMCHI !!


Org yang gila KOREA atau tau serba sikit pasal KOREA mesti tau apa tu KIMCHI. KIMCHI sangat sinonim dgn KOREA. KIMCHI ni sebenarnya makanan tradisional daripada Korea.Asasnya,Kimchi ni sayuran asin yang telah diperap untuk suatu masa.Sayuran yang paling popular sekali digunakan untuk buat kimchi ialah sayur sawi putih.Kadang2x dorang guna kubis,timun dan lobak putih jugak untuk buat kimchi. Kalau orang Korea nak makan kan,kimchi MESTI ada kat atas meja makan mereka.Kimchi ni rasanya pedas dan masin sikit OK.

Kimchi Lobak Putih a.k.a Baek Kimchi.


Orang-orang dulu Korea menyebut Kimchi sebagai Chim-Chae.Manakala masyarakat Korea memanggil Kimchi sebagai "banchan".Kamu tau tak? Tak tau kan? hehe, kimchi adalah berlainan untuk setiap musim. Kalau musim sejuk,kimchinya lain, kalau musim panas,kimchinya lain.Walabagaimanapun, jenis kimchi adalah berbeza mengikut kawasan di Korea,berbeza mengikut musim menuai dan keadaan cuaca waktu tu.Jumlah jenis Kimchi yang spesifik tidak dapat dipastikan tetapi mengikut Korean Food Academy,terdapat lebih 100 jenis kimchi yg dapat dikenalpasti kat Korea.


Sobs2x.Tak dapat nak cari gambar dorang buat KIMCHI

Banyak jenis kan? Setiap pertengahan bulan Oktober adalah satu masa untuk  keluarga2x kat Korea buat KIMCHI. Kiranya acara wajib la bagi keluarga mereka. Hmm,memandangkan kimchi ni berbentuk sayuran,jadi aku kurang berkenan nak makan kimchi. Alahai2x~. Takpe la,someday aku akan cuba belajar makan KIMCHI.Bukan tahu makan je,tapi tahu buat jugak. hehe.Aku tertarik nak wat post pasal kimchi ni lepas tengok YongSeo Couple buat kimchi yang sangat...sangatttlahh masin. Maklumlah,first time buat. haha. Lama dahh tu tapi baru skang dapat buat. OKlah,sampai sini je,nak buat assignment duluk.Anneyong ! :))


1 comment:

xazryx said...

mcm somtam je .HAHA !