Thursday, March 17, 2011

Apabila ASSIGNMENTS menguasai diri.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat tengahari kamu yang cantik.

Apabila ASSIGNMENTs menguasai diri, apa yang akan terjadi ya?

Melalui pemerhatian aku, banyak yang terjadi apabila minggu membuat ASSIGNMENTs muncul. Tidak dinafikan,ini juga terjadi kepada aku dalam 2 minggu yang lalu dan 2 minggu akan datang. Apa yang terjadi ya?



1. Tidurku tidak lagi tidur yang dulu-dulu.

Pola tidurku berubah hingga 180 darjah. Pagi aku tidur,malam aku bangun. Macam tinggal di Amerika sudah. Apakan daya, aku lebih selesa buat kerja waktu malam-malam buta. Kerja ala-ala kerja pontianak yang keluar sedut darah malam-malam tapi kerja aku kerja buat ASSIGNMENTs.

2. Berada di atas garisan malam-malam buta. (ONLINE)

Apabila minggu membuat ASSIGNMENTs tiba, kebanyakan kawan-kawan seUniversitiku berada di atas garisan malam-malam buta. Rata-rata mereka berada diatas garisan dalam waktu 12.00 tengahmalam hingga 3.00pagi. Kenapa ya? Berjaga malam dan buat ASSIGNMENTs lah.Iya, aku pun begitu.

3. Status MUKABUKU yang macam-macam ada.

Tidak dinafikan, semua tekanan mau koma apabila diri sangat sibuk buat ASSIGNMENTs. Apa yang dapatku lihat,mereka dan aku cenderung untuk meluahkan tekanan dalam MUKABUKU.Contohnya :

" Ya, aku boleh ! aku kuat !"

" Aku nak terjun bangunan weii"

" Sape ada CLOROX,penting ni!"

" Idea oh idea, marilah dikau"

" Malaysia Boleh !, Sabah Boleh !, Tawau Boleh . . . jadi Sheila pun BOLEH !!"

dan lain-lain lagi.

4. Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Kesian bah. Kerana assignments, cara pemakanan pun kesian. Kawan aku, hampir tiga hari tak makan nasi sebab hampir tiga hari tak keluar rumah hanya kerana membuat ASSIGNMENTs. Kesiaaannnn. Roti, Maggie, Biskut, Nescafe, Milo, jadi peneman dikala membuat assignments.

5. Hilang dimata MUKABUKU dan BLOGGER.

Apabila minggu ASSIGNMENTs tiba, segelintir orang tu hilang dari radar MUKABUKU dan BLOGGER. Baguskan. Menyepi sesepinya hanya kerana ASSIGNMENTs.Jejak kat MUKABUMU dah tak ada, status baru tidak muncul-muncul, entri terbaru tidak kunjung tiba malah diubah privasinya. Ish2x~

6. Jatuh sakit.

Iya, aku jua begitu.Kebanyakan kawan aku jatuh sakit di saat-saat mereka membuat ASSIGNMENTs. Apalagi kalau bukan DEMAM + SELESEMA+ SAKIT KEPALA.Ada yang masih sakit sampai sekarang. Hmm. Manyak susah !

7. Diri mcm orang hilang anak.

Sangat tidak terurus. Bilik sangat bersepah. Meja macam-macam ada. Kain kotor berlambak belum cuci lepas tu kebersihan rumah sakit mata memandang sebab semua orang sibuk buat ASSIGNMENTs sampai tak ada masa nak kemas rumah. Rata-ratanya.

8. Lain-lain

Semakin menjadi-jadi buat sesuatu yang lain dari lain. Lepas tu, mudah menangis atas sebab yang tidak masuk akal, rasa nak muntah depan komputer riba.Melalak kat bilik macam orang gila. Macam-macam hal !


Banyak yang terjadi. Alhamdulillah, semua beban ASSIGNMENTs ku sudah berkurang sikit tinggal 8 ASSIGNMENTs lagi nak dibuat dan nak dihantar. Ada 8 lagi tu, makanya, peluang untuk jadi tetamu Tanjung Rambutan tu ada lagi.ASSIGNMENTs ASSIGNMENTs. Hmm.

JOM sambung buat ASSIGNMENTS



10 comments:

Fara Miina said...

Macam kenal jak "CLOROX" tu .. hakhakhak :))

SheNn said...

@Fara Miina Hahaha...org CANTIK yg sebut tu

Unknown said...

hurm dasat jgk rupenye penangan esaimen ni ek..

Unknown said...

LIKE tajuk entri...!!~ hahaha.. hdup ndak ktentuan jadinya

SheNn said...

@JIJI YU Untuk sem ni,memang DAHSYAT..hmm..;p

SheNn said...

@Inang Hehe..betul2x !!

kay_are said...

rasenye num 5 tu x mungkin berlagu? hilang dari fb?? hilang dari blog? x mungkin.. silap2 buku tu yang hilang kot =P

SheNn said...

@kay_are Haha..mungkin kamu la tu kan, x hilang di mata FB dan Blogger...;p

Unknown said...

Assignment datang, insomnia pun datang. ha ha.

SheNn said...

@AvA Invincible Betul2x !! :))