Sunday, March 20, 2011

KERJA BERKUMPULAN itu kurang SYOK.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malan hey dunia.

Disebabkan aku tiada hati nak buat assignment malam ni maka aku mengambil peluang untuk membuat entri pada malam yang agak mengecewakan ini. Kenapa mengecewakan? Satu, aku kecewa benar2x sebab tak dapat pergi konsert Super Junior walaupun Heechul oppa dah jemput ( ???). Kedua, seluar jeans kesayangan aku pemberian seorang insan yang aku sayang ( Cha sahabatku yang ku sayang) telah hilang entah dimana dan baru hari ni aku perasan.Adakah TERambil atau DIambil? Hmm~. Yang paling tak syok, aku belum pernah pakai pun seluar denim tu ke mana-mana. Arghh, nak nangis ! Ketiga, pasangan We Got Married yang paling paling paling ku sayang YongSeo Couple akan berpisah. Andweee ! Aku tak dapat terima lagi perpisahan ini. Jom teman aku nangis. Sedih sangat bah.wuwuwuwu~

OK cukup2x. Patah balik kepada asal entri ni. Bagi aku kerja berkumpulan tu kurang syok.Kurang syok atas sebab-sebab tertentu.Aku tak nafikan kerja berkumpulan memang bagus dan banyak kebaikan dari keburukannya. Kerja berkumpulan lebih baik dari kerja bersendiri. Memang betul tapi atas sebab-sebab tertentu aku kurang menggemari kerja berkumpulan.


Ingat sampai bila-bila.

1. Sebab ni dah selalu dengar dah. Dah basi dah sebab ni kalau bab2x kerja berkumpulan.Dah nama kerja berkumpulan, satu genglah buat kerja kan? Tapi hanya dua tiga orang je yang buat kerja. Yang lain entah ke mana? Entah2xlah. Tak apa kalau, satu ahli kumpulan tu da buat keputusan nak buat assignment tu sorang2x tanpa melibatkan ahli lain atas sebab lain seperti faktor masa yang singkat dan yang lain sibuk dan dia tak sibuk.Ini tak apa sebab dia sendiri yang berkeputusan nak buat kerja tu sendiri. Sangat bertimbang rasa kan? Macam siapa? Macam kawan sy yang bernama Shenn tapi tahu marah juga bila buat kerja tu sendiri. Ekekek~

2. Tiada keyakinan terhadap ahli lain. Ini memang sedikit bikin sedih. Tahulah kita ni tak hebat sangat. Orang bilang orang yang biasa2x jak tak mcm kau orang yang luar biasa. Disebabkan kau rasa diri kau luar biasa, kau tak percaya ahli kumpulan kau. Apa yang kami buat, semua kau pandang rendah.Kau  tak yakin akan  kerja kami dan ingat kami buat kerja main-main je. Tumpang lalu ( Excuse Me) ! Kami tahu nak buat kerja lah, kami main2x pun, kami buat kerja yang agak berkualiti jugak bah.

3. Kalau bercakap,bagi pendapat,bagi2x kerja, perghhh, memang nombor satu. Cakap itu, cakap yang ini.Bersemangat dia bercakap.Tapi bila nak BUAT kerja tu, hampeh kita ! Berdolak-dalih la pulak.Ini tak manis dilakukan OK.Tahu cakap, tahulah nak buat.Jangan tahu banyak cakap je. Duh!


IDEA KAMU DITOLAK !

4. Aku dan dia2x punya idea dan pendapat semua kau tak mau terima.Nak idea ko je yang didengar dan diterima. Semua yang disuarakan,kau nak bangkang. Tak boleh ke dengar dan pertimbangkan. Ini tak, terus ditolak idea tu jauh2x ke laut.Tak apa lah idea tu idea tak baik, aku dan dia2x terima jugak tapi idea tu memang selaras dengan kerja tu jugak.Hurm. Terpaksalah kami dengar dan terima idea kau.Tiada toleransi langsung.

5. Ini selalu terjadi. Bukannya berdiskusi tapi bermukabukulah,berymlah dan mcm2x lagi. Hampir semua masa yang diperuntukkan dilakukan dengan melakukan kerja lain berbanding berdiskusi tentang assignment berkumpulan tersebut. Tak pandai siaplah kerja.( Dush2x untuk aku sebab tergolong dalam situasi ini) ;p

6. Apabila melibatkan kerja berkumpulan ni, memang perbalahan selalu terjadi. Pergaduhan selalu terjadi dan aku tak suka.Gara-gara hal ni jak, nak gaduh sampai nak boikot2x kawan sendiri. Perkara yang digaduhkan hanyalah perkara kecil yang melibatkan kerja berkumpulan tu.Perkara remeh temeh je bah sampai nak sisihkan  kawan sendiri. Sangat tak patut.

Banyak sebab lagi tapi aku tak dapat nak ungkapkan. Rasanya ini jak sebab yang dapat aku utarakan buat masa ini.Ini hanyalah perspektifku tentang kerja berkumpulan. Aku juga ahli kumpulan yang kadang2x melakukan kekhilafan dan mungkin secara tidak sedar melakukan perkara2x di atas sehingga melukakan hati org atau menjengkelkan sesorang.Kalau pernah buat, saya minta maaf banyak2x ya. Walaupun aku kurang menyukai kerja berkumpulan,  aku cuba juga melakukan yang terbaik apabila ianya melibatkan kerja berkumpulan.Konklusinya, semua yang terjadi ini memberi kita banyak pengajaran. Harhar!


5 comments:

Zulkifly Omar said...

huhu selalu berhadapan masalah macam ni... masalah betul ooo huhu

Kopocinue coffee said...

sama lorh kita
x sk cgt grup work ney

Unknown said...

sangat memahami situasi ITU... =)

- ada golongan yang NAK MAMPOS kena maki..

- ada yg telinganya 'bong ngol' (pekak).. sudah d maki2 ndak sedar diri

- ada yg DIA SEORANG JE TERBAIKKKK.. mcm nak hempuk guna batu bata..

- ade yg hilang dari radar, rasa mcm mau tikam... macam DIE SORANG JE STUDY & BUSY KAT UPSI.. rasa mau buang laut jak..

tapi alhamdulillah, bakal mengakhiri situasi itu beberapa dekit sahaja lagi =)

Unknown said...

Thank you for filling up my survey. Hope you happy and healthy always^^

Dg Ndr Mstkln said...

aku ingtkn aku sorang ja yg ada mslh kerja bkumpuln. XD