Wednesday, June 1, 2011

Kerjaku yang macam-macam ada. Part 2

Assalamualaikum W.B.T dan hello yo !

Aloha teman sebahasa. Seperti biasalah, punya lama tak jenguk belog ni dan update belog ni. Memang banyak benda nak cakap kat belog ni, banyak sangat-sangat tapi kesibukan membataskan semuanya. Apa-apa hal pun aku nak cakap cerita pasal cuti panjang ku ni.

Pertama sekali, aku nak cakap pasal kerinduan aku. Hampir sebulan dah aku bercuti semester ni dan aku akui aku rindu sangat dengan Tanjung Malim, teman-teman seuniversiti,dan hal-hal yang berkait dengan universiti aku. Memang rasa lain sikit. Apa-apa hal pun, aku enjoy kat sini. Hahahaha!

Seterusnya pasal kerja sambilan yang aku buat sekarang. Kerja aku memang best seperti yang aku cakap sebelum ni tapi ada jugak yang tak best. Yang tak bestnya, aku rasa kerja aku ni dikelilingi dengan penipuan dan pemalsuan. Banyak sekali pemalsuan yang ku nampak. Pemalsuan apa? Biarlah rahsia. Yang pastinya, pemalsuan-pemalsuan yang ku nampak ni membuktikan sistem sesuatu pihak tu sangat lemah. Pihak tu sangat lemah dan tidak berkualiti sebab senang sekali kena tipu.

 Tadi petang sebelum balik, sempat jugak dengar perbualan pelanggan2 kat tempat keja aku. Apa yang aku dengar buat aku kecewa sikit dengan sistem sesetengah pihak kat tempat tinggal aku ni. Tiada yang suci lagi tentang pihak-pihak ni. Kotor dah dengan rasuah dan penipuan. Sangatlah kotor. Manusia..manusia.. ~ Hidup ... hidup ~

Lepas tu, kat tempat keja aku ni, ada tiga jenis manusia yang aku tak suka kalau dorang datang dan lepak-lepak kat tempat keja aku ni. Tiga jenis manusia ni ada satu persamaan iaitu MIANG2x, SUKA MEMPERMAINKAN HATI PEREMPUAN,KAKI PEREMPUAN, TEMBIRANG GILAK,MACAM APA JAK ! Iya.. iya.. bukan semua tapi kebanyakannya berperangai begitu. Aku hairan apa yang hebat sangat dengan dorang ni sampai certain perempuan kat tempat aku ni bangga gilerr jadi teman wanita mereka .Cuba anda bayangkan, bayangkan (hehe), kat satu restoran, salah satu dari 3 jenis manusia ni datang nak makan kat restoran tu, si perempuan-perempuan terus macam apa jak perangai.KeGETEKan melanda diri mereka. Memalukan nokk ! Belum lagi lain lokasi. Aduhai, cinta mereka itu CINTA PELABUHAN.  Lain pelabuhan, lain lagi cinta durang. Kesian kat mereka yang terlibat dengan cinta pelabuhan ni .

Apa pun, sabo je la ! Semoga aku terus tabah dengan dugaan-dugaan ni. Aisehhhhmenn. Hehe. OKlah, got to go.  Nak tido, esok pagi nak p kijo. Adios teman sebahasa. Semoga mempunya hari yang indah-indah belaka. J <3 


1 comment:

Gunaqz said...

sedih pula sia baca entry ni. saya faham tu perasaan ko.

saya x suka rasuah n penipuan. kalau di sini (negara tempat saya tinggal skg), langsung tiada org berani buat deal 'under table'. pasal masyarakat semua mainkan peranan. semua berani bertindak. pihak berkuasa pun menjalankan kerja dengan betul. kalau ada laporan, memang teruk orang tu kena. sampai lubang cacing kena korek. di sana pula, kalau lapor pun belum tentu kena layan. jangan2, yang pelapor tu pula kena belasah.

sedihnya.

hey, have a good day and enjoy your holiday!