Friday, October 28, 2011

3 hari,3 lesson yang aku dapat.

Assalamualaikum W.B.T and hello uolss.

Haluu. Haluu. Haluu. Hehe. Apapun,malam ni, aku nak update pasal 3 hari kat UPM yang aku tak akan lupa .Memori ini tersenarai dalam memori yang aku sayang sekali dan tak akan lupakan. Tiga hari aku kat UPM, tiga hari aku jelajah shopping mall kat KL ni. Satu hari untuk KLCC. Satu hari untuk Mid Valley. Satu hari untuk Berjaya Time Square. Dari pagi sampai malam. Dalam tiga hari ini,macam2x hal yang happen. Ikutkan plan nak p Bukit Bintang gak,tapi apa kan daya,hari mencemburui aku. Tak bleh cuti lama2x bah. Assignment menunggu di bilik tercinta.



Ada gajah kat dalam shopping mall. :P

Well, whatever la kalau korang mau bilang gua ini mcm jakun sikit ke atau apa yang berkaitan dengan jakun. Hehe.Gua jarang turun KL, so apa lagi, teruja sikit la. I do have fun by doing this and I learnt many things because of this.Perkara pertama yang aku belajar, jangan sekali-kali mix ngan lelaki2x bila dalam tren. No matter what, masuk la koc wanita yang disediakan melainkan tren tu tak ada menyediakan koc wanita. Saya TAK AKAN mix ngan doang lagi. Hal ini kerana, lelaki abad ini gatai2x belaka. Mentang2x la kite dah mcm sardin kat dalam tren tu, amboi tangan tu tak pandai nak jaga sikit. Gatai benor nak raba2x. Bak kata orang mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

Lepas tu kan, aku hairanlah. Kenapala para Bangla2x dan yang serupa dengannya. Mereka  busuk bebenor. Busuk amat ini. Muka mcm muka dah mandi tapi bau badan? Perghhh! Nak muntah je rasa. Hurm. Tak pandai nak pakai Rexona agaknya.Mcm2x bau ada time tu. Kalau ingatkan, sakit hati oh, membara2x rasa sakit hati tu sampai skang. Dahlah sempit macam sardin dalam tin, diri tak seimbang, suasana busuk semacam, kena raba2x lagi.Adeh. Memang malang betul.

Perkara kedua, aku dapat belajar bersabar dengan baiknya. KTM ajar aku banyakkan bersabar. Kenapa? Aku datang KTM awal. Tapi nak naik KTM tu perghhh,memang menduga kesabaran. Lamanya kena tunggu KTM sampai. Dari tak ramai org kat KTM tu sampailah ramai manusia kat KTM tu, tren KTM tak sampai2x lagi. Tak tahu la pasai apa tak kunjung tiba tren tu. Lembap jugak.Hurm. Disebabkan hal inilah, aku terpaksa berebut mcm apa jak sampai terpaksa masuk tren yang mix ngan lelaki di mana ada lelaki yang suka mengambil kesempatan didalam kesempitan. Damn betoi ! Tapi tak pe, saya sabar. Cuba untuk sabar sedalam yang boleh. Alhamdulillah, tak ade makian yang aku  nyatak dari mulut aku. :P


Posing NORMAL.

Perkara ketiga, pengetahuan aku pasal pengangkutan awam  kat Malaysia meningkat la jugak sikit. Selama ni tahu naik bas je. Tapi, lepas dah jalan2x ni, tahu gak tren mana nak naik, LRT mana yang perlu di amik, stesen mana perlu nak berhenti. Wahh, rasa naif kot. So, lepas ni, kalau nak p mana2x ke, tahu dah dengan yakin, tak ada ragu2x lagi. Sebabnya, setiap kali naik tren, perkara yang paling suka aku tgk kat dalam tren tu tak lain tak bukan papan tanda petunjuk laluan jalan tren tersebut. Tak boring tgk beberapa kali. Kalau tgk muka2x kat dalam tren tu,takut pulak. Dah la muka doang serius belaka.Huhu. 

Lain2x perkara yang aku dapat ambil iktibar.

* Kalau mau menjelajah shopping mall dengan penuh keselesaan tanpa ada sebarang aduan, pakai la kasut yang tak menyakitkan kaki. Tok sah la pakai kasut high heel. OK? Wuwuw.

* Kadang2x window shopping ni bikin sengsara hati jugak . Pedih sikit hati tau . Dapat tgk tapi tak leh nak beli. Selalu cakap kat dalam hati "lain kali ye" huhu.

Well~,itu jak untuk ketika ini. Adiosa ppl. :))

1 comment:

aamalinaazman said...

waaaa
sungguh byk cite dlm 1 entri

hehe
ktm eh?
huh..sgt full kan
kekdg x paham..dh tulis coach wanita
lelaki dok masuk lagi

adoiii..

btw..gud2..semoga lesson ari ni bawa pengajaran kan =]

salam kenai kamuuu!=]