Monday, February 21, 2011

Pilhanraya Kampus kat UPSI memang HOT !!

Assalamualaikum W.B.T dan salam perpaduan. :))

Selamat malam korang. Nampaknya Pilihanraya Kampus kat Universiti Pendidikan Sultan Idris dah tamat dah.Alhamdulillah sebab tiada perkara buruk yang jadi sepanjang kempen PRK ni mcm yg dah jadi kat UM yang mana salah seorang calon PRK kena culik. Perghh !!  Dasat pulak sampai nak culik2x! Huhu.

Ini dah dua kali aku mengundi. Frankly speaking la,first time aku mengundi untuk PRK UPSI ni,satu calon pun aku tak kenal. Apakah?So,masa nak mengundi tu, aku main hentam je la. Sapa muka baik,muka mcm muka rajin, aku undilah. Maklum la, first time pulak,lagipun aku kurang amik kesah pasal  politik kampus ni.Walaubagaimanapun ( ceewaah~),PRK kali ni,aku ada peningkatan sikit,hehe..dari 7 calon yang aku undi tadi adalah 4 orang aku kenal.Kenal pun sebab kawan dan kawan kepada kawan aku. Lagipun aku tahu,muka-muka yang aku undi ni tahu buat kerja dan aku percaya mereka boleh realisasikan manifesto dorang.Yang bestnyaa, 4 calon dr 7 calon aku undi tu menang PRK kali ni.Tehee..tak rugi aku undi tau. Ekekekek!


Credit to : Nik Uyeh.

p/s : tak bleh nak upload gambar banyak2x. Huhu.


Apa yang boleh aku simpulkan pasal PRK kat UPSI.

1. Aku agak tertarik kat PRK kali ni sebab sebelum PRK start,suasana dah mula panas sebab kwn aku c Adam Adli yang nak bertanding tak dapat nak bertanding PRK kali disebabkan timbul unsur penganiayaan daripada pihak tertentu.Sampai hati "mereka" nak wat begitu disebabkan nak menang je.Nak tahu kenapa? Jenguk2x la blog dia.Takpe la Adam,next time ko ikut lagi bertanding and make sure ko menang. Ada hikmah la tu.

2. PRK kali ni dimenangi oleh gabungan Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif dgn memenangi 12 kerusi daripada 15 calon yang dihantar. So,dorang menang majoriti mudah lah. Gabungan MP dan LMP menang dan tahniah la wat semua calon yang menang.Tahniah juga buat LMP dan MP.Gua tabik la semangat korang walaupun banyak dugaan yg di tempuh sepanjang PRK UPSI ni.

3.Gembira jugak lah sebab calon Sabahan yang bertanding dlm PRK kali ni menang. Ada 4 calon semuanya, dua calon menang untuk calon umum dan mendapat antara yang mendapat undian tertinggi,dan dua calon lagi untuk calon fakulti. Syabas lah buat mereka.Calon2x yg aku undi tu.Hehe. 

4. LMP menang 4 kerusi, MP menang 11 kerusi, Tapir ( apakah,seyes lucu ! haha) menang 1 kerusi,Smile menang 4 kerusi and Pimpinan Bitara menang 9 kerusi. So,memang melakar sejarah baru sebab selama ni Pimpinan Bitara yang menang. TAHNIAH la. Jangan lupa manifesto anda. 

5. PRK kali ni agak meriah jugak lah sebab masa nak buat rapat umum siap ada konvoi segala lagi,dgn tagline penuh semangat yang sampai sekarang aku masih ingat. BANGKIT ! BANGKIT ! HIDUP ! HIDUP ! MAHASISWA ! Hehe.

7. PRK kali ni juga menyaksikan dua gelombang ! Iaitu celcom dan digi. haha. Actually, gelombang kuning dan gelombang biru. Memang interesting tau ! Yang paling menyerlah,gelombang kuning yang diwakili oleh gabungan MP dan LMP.

6. Apapun,aku harap muka2x cute yang menang PRK kali ni berpegang pada janji mereka,buat kerja sepenuh hati untuk mahasiswa, kabulkan manifesto2x yang mereka teriak-teriakkan,dan janganlah jadi cakap tak serupa bikin pulak.

OK,cukup2x~ nak tidur awal ni. esok ada kelas pagi dan memang confirm la cerita pasal PRK akan menjadi tajuk hangat perbualan kami esok. tehee~

Hidup Mahasiswa Pendidik !


10 comments:

kira kekuri said...

gud luck! weheee~semua Ipt sibuk mengundi! :DD

kyo_9 said...

semangat giler PRK kt Malaysia ek.. apsal la universiti ak xde sumer nih.. nk gak merasa pengalaman mengundi~ ;)

Hairi Ahmad said...

pro mahasiswa yg menang...??

mmg gelabah la BN mendepani bakal2 guru...huhuh!

aniz said...

followwww =D saalam perkenalan yer...

kay_are said...

owh.. budak upsi ke? leh r terjah bile2 =P

SheNn said...

@kira kekuri hehe,abis da PRK...:))

SheNn said...

@kyo_9 nanti mngundi la masa PR Umum Malaysia..hehe..

SheNn said...

@Hairi Ahmad iya,menang tapi Pro M x dpt jwtn tertinggi pun dlm barisan MPP. Demonstrasi suda tiada dlm PRK UPSI..:))

SheNn said...

@anizthank ya...hehe...nanti singgah blog kamu..:))

SheNn said...

@kay_are Nape? Budak UPSI gak?? :))