Monday, May 16, 2011

Kerjaku yang macam-macam ada. Part 1

Asslamualaikum W.B.T dan hai hai hai !


Aloha korang ! Lamanya dah tak sentuh dan pos entri kat dalam belog ini. Apa boleh buat tuan belog sekarang sibuk dengan kerja barunya. Untuk cuti semester ni, aku tak kerja kat tempat yang selalu aku kerja dulu. Kalau cuti-cuti semester yang lalu, aku selalunya keje kat kedai gambar yang mana aku  akan terlibat dengan benda kesayanganku, kamera DSLR dan software kegemaranku Adobe Photoshop CS. Tapi kali ini, semuanya berlainan,kerja sambilan yang aku buat sekarang ialah kerja yang melibatkan aku  dengan mesin kegemaranku  iaitu mesin fotostat dan gadget yang paling ku suka, iaitu komputer.

Kerja kat tempat yang baru ni memang sangat berlainan dengan kerja yang aku buat dulu-dulu. Setiap hari sangat sibuk dengan kerenah pelanggan yang lain-lain, taip surat yang macam-macam ada, buat salinan surat yang penting-penting, print apa-apa yang patut dan macam-macam lagi. Situasi sangat berlainan dengan tempat kerja yang dulu. Kalau kat tempat kerja yang dulu, aku terlibat dengan pelanggan yang berbeza umur, semua peringkat umur ada, dari yang budak-budak sampailah yang tua-tua.

Namun, kat tempat sekarang ni,secara puratanya, aku  terlibat dengan pelanggan yang boleh dikatakan dewasa belaka.Jarang sekali aku lihat kelibat remaja kat tempat kerjaku ni. Apa tidaknya, orang dewasa ini sangat sibuk dengan pelbagai urusan dan memerlukan orang seperti aku untuk melengkapkan urusan mereka.Aiseh~ Contohnya, urusan tender, urusan tanah, urusan pendaftaran diri, urusan kahwin, urusan perniagaan, urusan politik dan macam-
macam urusan lagilah.






Apa yang boleh aku katakan, selama 1 minggu aku kerja kat Maya Commercial ni, aku boleh katakan aku suka kerja baru aku ni. Teman sekerja yang baik (hanya satu teman je), majikan yang baik, kerja yang baik, kondisi yang berbaur aura kekeluargaan, dan kerjanya tidaklah membuat aku tekanan dan tidaklah sangat penat. Kalau tak ada kerja, aku boleh mengonlinekan diri puas-puas, muat turun klip video yang aku nak dan main permainan komputer yang macam-macam ada.tehee~
.
Aku panggil majikan aku Mamy dan dia seorang majikan yang sangatlah baik, berfikiran terbuka,dan sangat keibuaan. Dialah majikan pertama yang suruh aku tidur kalau penat. Memang majikan yang sangat baik. Kalau bagi tunjuk ajar tu, sangatlah lembut dan kalau dia buat kerja kan, siap menyanyi lagi tu. Suara dia boleh ku katakana merdulah. Lepas tu, teman sekerjaku pulak. Nama dia Cik Maya dan dia adalah anak perempuan kepada majikan aku.Maya seorang gadis yang sangat berwawasan dan beretika ( ayat skema gilerr...haha). Apapun, aku sangat tabik spring kat dia ni. Semua hal kat tempat kerjaku dia tahu dan dia sangat mudah rapat dengan orang yang datang kat tempat kerjaku ni. Peramah dan penyabar orangnya.

Disebalik kebaikan mesti ada keburukan atau dalam kata lainnya, best macam mana pun tempat tu, mesti ada yang ndak bestnya. Iya ada yang tak bestnya. Apa yang tak bestnya, nantikan di entri seterusnya.( Macam apa jak..haha ! )

Tapi, rasanya sampai sinilah dulu untuk entri kali ini. Sebenarnya, banyak sangat yang aku nak cerita tapi cerita kat entri seterusnyalah sebab aku tahu entri panjang-panjang ni bukannya korang rajin nak baca kan? Kan? Kan? Oleh itu, jumpa lagi di entri seterusnya. Adioz korang dan semoga punyai hari yang indah-indah belaka. ^ -^


4 comments:

Akemi Siegel said...

Selamat berjuang dalam pekerjaan yang baru ^^v

SheNn said...

@Akemi Siegel hehe..terima kasih ~~

aniz said...

wah kerja tu bunyi cam best jer...ada vacancy lagi x?? hehehe juz joking..
have fun wif your new job dear...

mr_mrs mikko said...

siuk kan bila kerja melibatkan mcm2 org.. hihi