Wednesday, December 1, 2010

Bangun Pagi itu INDAH.




Salam.Salam 1 December.


Aloha. Yeah,hari ni aku bangun awal lagi. Bestnya. Bangun pagi tu INDAH tau. Rasa tenang sangat kalau  kamu dapat tengok pagi yg sangat awal. Suasana pagi yang sangat damai.Kalau time aku nak exam dulu, waktu ideal aku belajar mesti waktu Subuh,sebab apa yg aku belajar waktu  tu "masuk otak" senang2x jak.Tapi,sejak akhir2x ni susah betul aku mau bangun pagi. Kenapa? Sebab ini  lah. 





Masalah ini tidak harus dibiarkan ! (Aisemen ! ) Kenapa lah susah sangat nak bangun pagi, ada alarm pun tak guna,selalu jak matikan alarm  then sambung tidur. Tak guna betul ! Hihi. So,berbekalkan semangat yang penuh membara,aiseh ! aku nak bangun awal juga tak kira apa pun ! Apa yang aku buat? Aku buat ini :


* Aku cuba tidur awal. Selalunya aku tidur jam 3pagi disebabkan masalah teknikal ( seperti tak dapat tidur). So, aku cuba tidur awal sikit dari jam 3 pagi ,jam 11 malam atau 12 pagi gitu. Er,awal juga kan ni ? haha !    Untuk memastikan aku senang mengantuk, aku cuba baca buku Sejarah atau buku2x lah sebelum tidur dan aku takkan tidur petang.Yang paling penting,baca doa dulu. Muahaha!

* Lepas tu, aku set alarm handfon aku berganda-ganda. Maksudnya apabila aku nak bangun jam 6pg,aku set alarm aku 3 kali sebelum jam 6 .Jam 4.45 (confirm dimatikan), jam 5.30 ( matikan lagi tapi separa bangun sudah ), jam 5.55 ( matikan dan cuba bangun).Setelah, alarmku berbunyi 3 kali, insyAllah aku bangun la tu. Yang paling penting sound alarmku, aku pastikan sound alarm tu lagu2x yang rancak ( yang boleh buat aku terkejut) dan aku pastikan bunyi alarm tu paling kuatlah bunyinya.

* Lepas set alarm, aku niat dalam hati bersungguh2x sepenuh hati yang aku nak bangun jam 6 pagi esok. Bukan jak berniat malah aku tepuk bantal ku 6 kali ( lepas tu aku ckp,harap2x aku bnagun jam 6), hahaha! Palinglah SOT. Tapi paling penting doa bah.

* Kalau aku yakin betul yang aku takkan bangun awal pagi , aku akan minta tolong kat roomate aku,minta dia bangunkan aku . Mus (roomate aku yang pertama ) selalu bangunkan aku. Roomate aku yang skang pun best gak,biarpun aku jarang minta tolong bangunkan kat dia, alarm fon dia banyak membantu. Alarm dia selalu wat aku terbangun.Kadang2x aku minta parents or kawan2x tertentu call aku pagi2x.Hihi. !

* Kalau aku tak dapat jugak tidur malam,aku guna cara Mr Bean, kira  dari 1 hinggalah aku terlelap. haha ! Mau kira kambing biri-biri,susah sikit,tiada gambar kambing biri-biriku. Teknik berkesan tau. Banyak kali suda ku buat.Betul !

Rasanya ni jak lah yg ku cuba buat agar aku dapat bangun awal. Agak berkesan jugak. Kamu yang susah bangun maybe boleh buat apa yang aku buat ni or kamu ada teknik yang lagi best untuk bangun awal. Share2x bah !  

p/s : Rasa bersemangat mau belajar 3p dan Wacana Bahasa Melayu. Yehaa !!


2 comments:

awein said...

hahah cara mr.bean..nda prnh pass aku guna cara tu ehehe

Ifa Zafrah said...

Hak3~ aku pun tepuk bantal!